Liputan ucaptama ini ada disiarkan di laman web Tempo Interaktif.

Saya mulakan dengan nota peribadi terjebak dengan karya Hamka “Merantau Ke Deli”, dan “Tenggelamnya Kapal van de Wick” , dua novel popular beliau dari koleksi ibu saya. Hanya lama kemudian baru dikenali Hamka sebagai ulama, aktivis gerakan Islam dan pejuang gigih termasuk dalam Masyumi di bawah pimpinan Bapak Muhammad Natsir. (pidato tersebut sedang saya edit dan akan disiarkan).

Semalam juga saya ke kediaman rasmi wakil presiden Indonesia, Sdr Jusuf Kala dijamu makan malam dan bersilaturrahim sebagai sahabat lama. Turut hadhir juga rakan lama saya Sdr Fahmi Idris, Menteri Industri dan beberapa tokoh politik dan pengusaha.

Selesai jamuan kami terus ke TV Republik Indonesia kerana ditemubual dalam rancangan khas dialog aktual. Mulai jam 7 pagi tadi kami memulakan rapat bersama Mas Adi Sasono, wakil partai politik, yang dan diselenggarakan atas nama CIDES.

Ucaptama saya bermula sekitar jam 10 pagi diikuti sidang media. saya dikunjungi penyair WS Rendra dan Ken Zuraida di rumah sdr Rachmat Ismail. saterusnya kami makan tengahari (lazatnya masakan padang) bersama pimpinan dan pengusaha dari Muhammadiyah dan sekali lagi diterus dengan dialog.

Rombongan saya termasuk Sdr Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub sempat minum teh di kediaman bekas presiden BJ Habibie sebelum ke lapangan terbang Soekarno-Hatta.

ANWAR IBRAHIM

Sumber: http://anwaribrahimblog.com/