Setiap menginjakan kaki di perpustakaan kampus filsafat UGM almamater tercinta, Tak pernah terlewatkan untuk melihat koleksi buku-buku Islam. Di rak-rak itu banyak buku lusuh terbitan 40-30-20 tahun yang lalu. Yang menarik bagi penulis adalah buku-buku karya Buya Hamka yang telah lusuh dimakan usia.

Beberapa hari ini, penulis coba browsing mengenai Buya Hamka lewat Google. Pada sebuah situs dari negeri jiran penulis temukan resensi sekaligus online shopping buku-buku Hamka. Sebuah fenomena memilukan bagi penulis sebagai orang Minang. Orang lain menghargai karya Beliau sementara di Minangkabau, Indonesia sendiri penerbitan buku Hamka tiada lagi ditemukan.

Berikut akan penulis kutipkan buku-buku tersebut:

1. Di Bawah Lindungan Ka’bah

Di Bawah Lindungan KaabahJudul : Di Bawah Lindungan Kaabah
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat :84 halaman
Cetakan Ketiga : 2006
ISBN : 9839422413

HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.

“…Baru sekarang adinda beroleh berita di mana Abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggal yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga Kakanda pergi dengan tak memberi tahu lebih dahulu.

Hanya kepada surat Abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling perhabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.

Sekarang Abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah besok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu…”

Kandungan:

  • Surat dari Mesir
  • Mekah pada tahun 1927
  • Anak yang kematian ayah
  • Penolong
  • Apakah namanya ini
  • Seperuntungan
  • Tegak dan runtuh
  • Berjalan jauh
  • Berita dari kampung
  • Harapan dalam Penghidupan
  • Surat-surat
  • Di bawah lindungan Kaabah
  • Surat Rosna yang menyusul surat telegram
    Penutup

2. Di Dalam Lembah Kehidupan

Di Dalam Lembah Kehidupan Judul : Di Dalam Lembah Kehidupan
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Kumpulan Cerpen
Mukasurat :207 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9839422758

Sesungguhnya kumpulan gubahan yang saya beri nama “Di Dalam Lembah Kehidupan” ini adalah kumpulan airmata, kesedihan dari rintihan yang diderita oleh segolongan manusia di atas dunia ini. Airmata mereka itu sudah mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam pasir. Seorang pun tidak peduli akan hal itu. Bagaimana orang akan peduli, padahal orang sedang dibayangi kesenangan dan kemewahan?

Moga-moga hikayat-hikayat pendek ini terbaca juga oleh orang yang senang hidupnya. Moga-moga mereka insaf, bahawa di sebalik tabirnya adalah orang yang susah dan sulit keadaannya; bahawa tidak sedikit makhluk yang kecewa dan melarat, yang sudah patgah sayapnya sebelum terbang, terkulai dan jatuh, sehingga tidak dapat berbangkit lagi.Bagi orang yang melarat itu pun mudah-mudahan cerita ini berfaedah pula. Agak kurang duka hatinya apabila diketahuinya, bahawasanya ada juga orang lain yang senasib dengan dia.Dan bagi mereka yang bersedih hati itu karangan ini aku jadikan persembahan dan peringatan bahawa saya pun turut meratap dalam ratapnya.

Kandungan:

Pengantar Penerbit
Persembahan

1. Pasar Malam
2. Encik Uteh
3. Penjual Ais Lilin
4. Anak Tinggal
5. Bonda Kandung
6. Gadis Basanai
7. Isteri Yang Tua
8. Anak Yang Hilang
9. Malam Sekaten (Bulan Sabit dan Kayu Palang)
10. Anak Dapat
11. Cinta dan Darah
12. Disuruh Meminta Ampun

3. Falsafah Hidup

Falsafah Hidup

Judul : Falsafah Hidup

Harga : RM29.00

Nombor siri : 4355114
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :489 halaman
Cetakan Kedua : 2006
ISBN : 9839422480

Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan.

Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

Kandungan:

  • Pengantar penerbit
  • Pengantar penerbit PT Pustaka Panjimas
  • Persembahan kepada Tuan Guru A.R. Sutan Mansur
  • Guruku A.R. Sutan Mansur
  • Pengantar Falsafah Hidup

BAB – 1Hidup

  • Akal untuk manusia
  • Mengatur kerja
  • Akal
  • Alamat
  • Timbangan orang berala
  • Memperhalusi akal
  • Tanda orang berakal
  • Guna akal

BAB – 2

  • Ilmu dan akal
  • Tujuan akal
  • Akal dan hawa
  • Perjuangan akal dan hawa nafsu
  • Jahil
  • Keutamaan Ilmu

BAB – 3

  • Undang-undang Islam
  • Keutamaan
  • Cinta
  • Buah keutamaan budi
  • Didikan keutamaan
  • Keutamaan dan kewajipan
  • Perangai utama menurut anjuran Islam

BAB – 4

  • Adab Kesopanan
  • Adab diri terhadap makhluk
  • Beberapa contoh kesopanan dalam Islam
  • Kesopanan terhadap Rasulullah (s.a.w.)
  • Kesopanan terhadap Tuhan
  • Kemenangan

BAB – 5

  • Sederhana
  • Sederhana niat dan tujuan
  • Sederhana berfikir
  • Sederhana mengeluarkan perasaan
  • Sederhana keperluan hidup
  • Sederhana dalam sukacita
  • Sederhana pada harta benda
  • Sederhana mencari nama
  • Sederhana mencari pangkat
  • Didikan kesederhanaan

BAB – 6

  • Berani
  • Keberanian budi
  • Buah keberanian
  • Dengan keberanian mencapai kemerdekaan
  • Kemuliaan
  • Muru’ah
  • Cita-cita
  • Percaya kepada diri sendiri

BAB – 7

  • Keadilan
  • Kemerdekaan menyatakan fikiran
  • kemerdekaan beragama
  • Apa sebab pemisahan gereja dengan negara?
  • Di manakah pemisahan agama dengan negara ?
  • Negara-negara moden yang berdiri kerana agama
  • Lahirnya Pancasila di Indonesia
  • Islam dan negara
  • Kemerdekaan hak milik
  • Agama dan kesaktian
  • Hikmat dan keadilan
  • Keadilan dan pemegang pemerintahan
  • Bagaimana supaya kita merdeka ?

BAB – 8

  • Persahabatan
  • Mencari Sahabat
  • Persahabatan dan perempuan

BAB – 9

  • Islam Membentuk Pandangan Hidup
  • Kesimpulan

4. Falsafah Ketuhanan

Falsafah Ketuhanan Judul : Falsafah Ketuhanan

Nombor siri : 4355115

Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :178 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9839422766A

Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Dalam pancaindera dan akal yang ada padanya, manusia dapat mempersaksikan Alam itu dalam segala sifat dan lakunya. ADa kebesaran, keajaiban dan keindahan, dan ada perubahan-perubahan yang tetap. Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu.Maka yang mula-mula timbul pada manusia itu adalah perasaan bahawa ada sesuatu yang menguasai Alam ini. Dia yang mengatur dan menyusun perjalanannya. Dia yang menjadikan segalanya. Dia Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu yang ada.Kesan pertama bahawa Ada Yang Maha Kuasa itu meratalah pada segenap manusia. Kerana kesan inilah yang tumbuh bilamana akalnya sudah mulai berjalan.

Bahawasanya ada sesuatu kekuatan tersembunyi di latar yang nampak ini. Yang selalu dirasai adanya, tetapi tidak dapat ditunjukkan tempatnya. Tidaklah pernah terpisah perasaan ini, walaupun bagaimana kepintaran manusia ataupun dia masih berfikir sederhana. Pada zaman akal itu mulai bertumbuh (primitif), khayalnya akan adanya yang ada itu diberinya berupa, menjadi perlambangan daripada perasaannya sendiri.

Kandungan

  • Pengantar Penerbit
  • Manusia dan Agama yang ada
  • Penyelidikan Ahli-ahli
  • Alam Falsafah
  • Agama Fitrah dan Islam
  • Iman, Akal & Taklid
  • Dari Sudut yang mana Mencari Tuhan (segi keindahan)
  • Fikiran, Ilmu dan Falsafah
  • Apakah Hidup Itu?
  • Jalan Tasauf
  • Allah Tuntutan Fitrah
  • Bersih Dari Pengaruh Lain
  • Allah
  • Wujud
  • Empat Dalil
  • Kepercayaan Kepada Tuhan dan Filsuf
  • Tuhan Ada
  • Mengapa Tidak Percaya
  • Dialah yang Dahulu
  • Dan Yang AKhir
  • Tak ada yang Menyerupainya
  • Kaya (berdiri sendirinya)
  • Wahdaniyat (keesaan yang Mutlak)
  • Tauhid yang Ikhlas
  • Syirik I
  • Syirik II
  • Membesarkan Kubur dan Tawassul
  • Tawassul dan Wasilah
  • Kudrat dan Iradat
  • Iradat
  • Hikmat
  • Al-Hayat
  • Al-`Ilm
  • As-Sam`u Al-Basharu (Pendengaran dan Penglihatan)
  • Al-Kalam (Perkataan)
  • Mencari Tuhan Dalam Keindahan Alam

5. Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB

Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB Judul : Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :198 halaman
Cetakan Pertama : 2002
Cetakan Kedua : 2005
ISBN : 9839422499

Jika kita menilik sejarah timbulnya segala konsep Hak Asasi Manusia, sama ada dari permulaannya di Inggeris kemudian di Amerika, juga di Perancis, pada Perang Dunia Pertama, dan Perang Dunia Kedua. Malah mungkin sekarang, era dunia tanpa sempadan dengan dalih membenteras keganasan; semuanya adalah usaha manusia Barat membebaskan diri daripada perhambaan, mencari kemerdekaan yang sejati, sama ada peribadi mahupun untuk bangsa.

Tetapi, apabila keadaan telah agak merdeka, mulailah timbul kembali nafsu-nafsu jahat manusia, lalu berusaha dengan pelbagai daya agar deklarasi-deklarasi itu tetap termaktub sebagai “Barang Suci”, tetapi tidak dijalankan kalau akan merugikan diri, dan teruslah dipropagandakan dan diperbesarkan, kalau kita yang beruntung dan orang lain dapat dirugikan.Demikian, manusia yang mencari Hak Asasi Manusia; yang dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka. Seperti diucapkan oleh Saidina Umar bin Khattab, Kalifah ke-2 dari Rasulullah (S.A.W.) pemimpin Daulah Islamiyah, yang berkata bahawa : “…Mengapa hendak kau perhambakan manusia, padahal dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka?” Perkataan ini telah diucapkan lebih 14 abad yang lalu, jauh sebelum wujudnya Deklarasi ciptaan Barat.Dalam perkara inilah Prof. Dr. Hamka memberi penilaian dan pandangan Islam tentang Hak Asasi Manusia dan membandingkannya dengan Deklarasi PBB yang menjadi rujukan manusia sejagat.

Kandungan

BAB 1 : SYARIAT ISLAM

  • Apakah Erti Syariat Islam?
  • Pengertian Syariat
  • Manusia Memerlukan Islam
  • Dakwah Islam Untuk Seluruh Manusia
  • Dasar-dasar Syariat Islam
  • Tujuan Dari Jalan Mencapainya
  • Apakah Perkara Yang Termasuk Dalam Cakupan Syariat Islam?
  • Kesimpulan
  • Fahaman yang Mengelirukan
  • Tepat Pada Masanya
  • Krisis Politik Mesir
  • Kabinet Sa’ad Zaghlul Pasya Jatuh
  • Ayah Saya Kembali Dari Muktamar Ulama di Kaherah (1926)
  • Ingin Pembaharuan
  • Kebangkitan Sarjana-sarjana Islam
  • Apologi ?
  • Islam Untuk Dunia dan Akhirat
  • Khalifah Allah
  • Kota Mekah
  • Kekuasaan Allah Adalah Mutlak
  • Hubungan Dengan Kuasa Ansar
  • Bai’at Aqabah Yang Kedua
  • Hijrah
  • Dengan Orang Yahudi
  • Kesan Syaikh Mahmoud Syaltout
  • Hijrah Sebagai Deklarasi Kemerdekaan Jika
  • Terkabul
  • Agama : Dunia dan Akhirat

BAB 2 : ISLAM : AKIDAH, SYARIAH & IBADAH

  • Pendahuluan

Akidah

  • Apa Erti Akidah
  • Akidah Tumbuh SEcara Semulajadi
  • Makruf dan Munkar
  • Hubungan Akidah Dengan Masyarakat
  • Mengenal Allah
  • Keindahan
  • Meramu Alam Mencari Tuhan
  • Tiada Tuhan melainkan Allah
  • Iman Kepada Muhammad (S.A.W.)
  • Iman Kepada Qada’ dan Qadar
  • Jika Akidah itu Diperas
  • Melihat Islam Sebagai “Orang Dalam”
  • Pesan Kenegaraan
  • Ketaatan
  • Keadilan

Syariah

  • Iman dan Amal Salih
  • Membuat Undang-undang dan Kebebasan Berfikir
  • Negara adalah Bahagian Dari Agama
  • Perbandingan Masjid Dengan Gereja
  • Kemerdekaan Belum Berisi
  • Di Tanah Air Indonesia
  • Kenang-kenangan Syariat Islam
  • Prof. D.r Hazairin SH Tentang Syariat Islam
  • Pesanan Dari Rasulullah
  • Penegak Keadilan
  • Korupsi
  • Jauhi Penguasa Yang Zalim
  • Jangan Ambisi (Inginkan Pangkat)
  • Amar Makruf Nahi Munkar
  • Jihad Yang Paling Besar

Ibadah

  • Mahu Atau Pun Tidak Mahu!
  • Bercermin Kepada Alam
  • Nikah Kahwin
  • Hidup dan Usaha
  • Hadis-hadis
  • Bangun Pagi-pagi
  • Keberanian Hidup
  • Masuk Pasar
  • Saudagar-saudagar Yang Jujur
  • Pertanian
  • Upah Buruh
  • Tujuh Orang Yang akan Mendapat Perlindungan
  • Semuanya Ibadat
  • Di Sini Perlunya Jihad

BAB 3 : HUBUNGAN ANTARA AGAMA & NEGARA MENURUT ISLAM

Hubungan Antara Agama dan Negara Menurut Islam

  • Iman Sebagai Dasar Beragama
  • Iman dan Amal Salih
  • Kristian dan Negara
  • Yahudi dan Negara
  • Sikap Islam Terhadap Negara
  • Akidah dan Syariah
  • Pemisah Agama dengan Negara
  • Dari mana Timbulnya Kata-kata ini?
  • Islam dan Negara
  • Politik Pertahanan Negara
  • Penutup

BAB 4 : HAK ASASI MANUSIA DALAM DEKLARASI PBB DAN ISLAM

Perbandingan Antara Hak Asasi Manusia Dalam Deklarasi PBB dan Islam

  • Pendahuluan
  • Mengenai Materinya
  • Ghetto (Daerah Kediaman Orang Yahudi)
  • Hak Wanita
  • Hukum Murtad
  • Islam Suatu Sistem
  • Tidak Ada Paksaan Dalam Agama
  • Islam Dimajukan Dengan Pedang
  • Teknik Propaganda
  • Tidak Ada yang Menyukai Murtad
  • Negara-negara Islam Menerima?
  • Seruan Kita
  • Majlis Umum PBB Mengumumkan

BAB 5 : ISLAM BANGKITKAN KEMERDEKAAN & KEBERANIAN

  • Doktrin Islam Menimbulkan Kemerdekaan dan Keberanian
  • Hapsak Pancasila

6. Hamka Pujangga Islam – Kebanggaan Rumpun Melayu (Menatap Peribadi dan Martabatnya)

Hamka Pujangga Islam - Kebanggaan Rumpun Melayu (Menatap Peribadi dan Martabatnya)Judul : Hamka Pujangga Islam – Kebanggaan Rumpun Melayu (Menatap Peribadi dan Martabatnya)
Pengarang : H. Rusydi Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Biografi
Mukasurat :396 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9839422464

Kulit TebalBanyak perkara yang belum diketahui oleh orang ramai, perihal peribadi dan martabat Prof. Dr. Hamka, termaktub dalam buku ini. Dan banyak pula dokumen yang belum tersiar, yang selama ini ingin kita ketahui duduk perkaranya; seperti pengalaman Hamka selama dipenjarakan oleh Presiden Sukarno, dan sikap Hamka yang meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum habis tempoh jawatannya. Dan, banyak lagi.Selain perkara umum, agama dan politik, tak kurang menariknya ialah kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang : Suami, Ayah, Datuk dan Mamak serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh (Tuan Guru) asal Minangkabau yang punyai budaya dan adat resam tersendiri.

Penulis juga mengetengahkan kemahiranj Hamka membahagi waktu antara mengarang, berkhutbah, ceramah, beri syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah Al-Quran serta menerima ramai tetamu yang meminta nasihat. Nasihat masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi; sehinggalah orang ramai perlu beratur mengunggu giliran, seperti halnya hendak berjumpa doktor perubatan di klinik atau hospital. Semua itu dilakukannya penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta. Ia kerana Allah, demi membantu sesama insan. Itulah pengabdiannya kepada Allah, menerusi kasih sayang kepada sesama ummah.Sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabah Prof. Dr. Hamka.

Kandungan

  • Pengantar Penerbit
  • Pengantar Penerbit Pustaka Panjimas
  • Pengantar Penulis
  • Catatan Latar Belakang Kehidupan Hamka
  • Tongkat-tongkat Buya Hamka
  • Ubat Hati Ayah dan Ubat dari Anak
  • Tanah Deli Untung-untungan
  • Dari Hari ke Hari
  • Fatwa Dalam Humor
  • Muru’ah 1
  • Muru’ah 2
  • Anak-anak Kesebelas
  • Masalah Metropolitan
  • Merindukan Cucu
  • Kemandang Dakwah
  • Terpegang di Pangkal Bedil
  • Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia
  • Jambatan Ummah dan Pemerintah
  • Menjelang Akhir Hayat dan Penutup

Lampiran-lampiran

I. Catatan Dalam Tahanan Regim Sukarno
II. Sambutan Sebagai Ketua Umum Majlis Ulama
III. Toleransi (Kerukunan Beragama)
IV. Surat Peribadi untuk Pak Harto
V. Pembahasan dari Hal Intisari UUD `45
VI. Surat kepada Pangkopkamtib Sudomo
VII. Surat Jawapan dari Pangkopkamtib Sudomo
VIII. Karya-karya Buku Sejak Menulis dan Mengarang 1928 (Usia, 17 Tahun)

Biodata Penulis
Keratan Akhbar Berita Harian

7. Islam & Adat Minangkabau

Islam & Adat MinangkabauJudul : Islam & Adat Minangkabau
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :356 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9839422774

Pada hakikatnya di Minangkabau orang laki-laki amat sengsara. Dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Hanya sebentar sahaja dia tinggal di dalam rumah ibunya, iaitu sampai umur 6 tahun. Selepas itu, dia sudah mesti tidur di surau bersama-sama temannya sambil belajar mengaji Al-Quran. Malu benar bagi anak Minangkabau tidur di rumah apabila sudah pandai melangkah ke surau. Setelah patut beristeri, dia menjadi semenda ke rumah isterinya, dan dia tidak ada kuasa di dalam rumah itu. Kalau dia bercerai dari sana, dialah yang mesti membawa bungkusannya dan berangkat.Demikian adat Minangkabau yang dikatakan sebagai :”Adat bersendi syarak,
Syarak bersendi Kitabullah,
Syarak mengata,
Adat memakai,
Masjid sebuah, balairung seruang”

Ketika buku ini mulai tersiar nescaya pihak nenek-mamak yang berfaham kolot dengan serta-merta menyatakan kemarahannya, malahan ada pula bermaksud hendak menculik penulis kerana dipandang hendak meruntuh adat. Bahkan ada yang menuduh bahawa penulis adalah kakitangan “Nica” (penjajah), iaitu tuduhan yang mudah saja dilemparkan kepada setiap orang yang disenangi pada masa itu.

Kandungan:

Pengantar Penerbit

1. Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi

  • Pendahuluan
  • Kebesaran dan Kebudayaan
  • Benteng yang Teguh
  • Susunan Masyarakat
  • Zaman Perubahan
  • Bagaimana di Alam Minangkabau Sendiri
  • Menghadaplah ke Muka
  • Ratap Jiwa Anak Minang di Rantau
  • Kedudukan Ninik Mamak
  • Rumah Gadang
  • Membangunkan Minangkabau Baru (Dalam Rangka Kesatuan Bangsa Indonesia)
  • Sekolah Tinggi, Universitas & Fakultas Sastra
  • Daerah Raja-raja
  • Peralihan

2. Adat Minangkabau dan Harta Pusaka

  • Pendahuluan
  • Lambang Kesatuan Adat
  • Keelokan ADat Minangkabau
  • Pendapat dan Fatwa Ulama-ulama Minangkabau Tentang Harta Pusaka
  • Segi Kelemahan Harta Tua
  • Anak Minang Terbuka Mata
  • Zaman Baru
  • Ulasan

3. Hubungan Timbal Balik Adat dan Syarak Dalam Kebudayaan Minangkabau

4. Adat nan Kawi, Syarak yang Lazim

5. Syaikh Ahmad Khatib dan Syaikh Thaher Jalaluddin

Pendahuluan

  • Zaman Perantaraan
  • Pembaharuan Gelombang Kedua
  • Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi
  • Empat Orang Murid Yang Pulang ke Minangkabau
  • Syeikh Thaher Jalaluddin Al-Azhari Al-Falaki
  • Kesimpulan
  • Penutup

6. Muhammadiyah di Minangkabau

Pendahuluan

  • 1925 Muhammadiyah Mulai Berdiri di Minangkabau
  • Muhammadiyah Minangkabau dan Ulama Kongres Muhammadiyah Minangkabau (14-21 Maret 1930)
  • Muhammadiyah dan Adat Minangkabau
  • Menghadapi Gelombang Zaman

8. Kesepaduan Iman & Amal Salih

Kesepaduan Iman & Amal SalihJudul : Kesepaduan Iman & Amal Salih
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :198 halaman
Cetakan Pertama : 2003
ISBN : 9839422537

Hubungan di antara Iman dengan amal, adalah hubungan antara budi dan perangai. Kalau kita percaya kepad aAllah tentu kita cinta kepada-Nya, tentu kita sudi berkorban menuruti apa yang terpakai dalam alam ini, adalah cinta palsu. Apatah lagi terhadap Allah, nescaya iman palsu, Islam palsu.Memperakui diri seorang Islam padahal tidak mengerjakan solat lima waktu, cubalah fikirkan, betulkah pengakuan itu? Mendakwa diri seorang Islam, padahal enggan mengeluarkan zakat? Sebab apa? Apakah lantaran merasa bahawa harta itu bukan pemberian Tuhan? Mengakui diri seorang Islam, padahal enggan melakukan puasa Ramadhan.

Apakah sebabnya? Bukankah ini lantaran pengakuan itu belum bulat? Lain di mulut lain pula di hati?Anda hendak berjuang, menegakkan cita-cita Islam, dalam masyarakat, dalam negara, ekonomi, politik dan sebagainya, padahal solat lima waktu anda tinggalkan. Hal ini petanda rumah yang hendak anda bina itu, anda tegakkan di atas tiang yang lapuk. Atau anda mendirikan rumah tidak memakai tiang. Maka selamanya rumah itu tidak akan tegak. Rumah baru berdiri, apabila dimulai dari sendinya.Demikian pula dalam beragama, harus dimulai dari sendinya. Jika tidak, petanda bahawa pengakuan belum betul, kepercayaan belum duduk, maknanya iman belum ada. Kalau iman belum ada, nescaya Islam pun belum ada. Cubalah tanyai hati sendiri. Apakah beratnya mengerjakan perintah?… Demikian ungkapan Prof. Dr. Hamka dalam buku ini.

Kandungan

  • Pengantar Penerbit
  • Pengantar Penyusun
  • Iman dan Amal Salih atau Akidah dan Syariah
  • Mendustakan Agama
  • Mencari Jalan Ke Luar
  • Pertentangan Batin
  • Mawas Diri
  • Menuju Cita Kemuliaan
  • Ibadah dan Hubungannya Dengan Jiwa
  • Tanggungan Negara, Masyarakat dan Rumahtangga
  • Sinar Cahaya Iman
  • Makhluk Pilihan
  • Yang Membuat Kita Gagal
  • Kehidupan Budi Pekerti Nabi Muhammad (S.A.W.)
  • Tujuh Belas Ramadhan

9. Lembaga Budi – Perhiasan Insan Cemerlang

Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang

Judul: Lembaga Budi – Perhiasan Insan Cemerlang
Pengarang : Prof. Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :224 halaman
Cetakan Pertama : 2003
ISBN : 9839422529

Kelebihan dan perbezaan manusia daripada makhluk lain, ialah manusia itu bilamana bergerak, gerak dan gerinya itu timbul dari dalam, bukan dari luar. Segala usaha, pekerjaan, langkah yang dilangkahkan, semuanya itu timbul daripada suatu maksud yang tertentu dan datang dari suatu perasaan yang tinggi, yang mempunyai kekuasaan penuh dalam dirinya. Tidak demikian dengan binatang. Gerak-geri binatang hanya tunduk kepada gharizah semata-mata, tidak disertai oleh pertimbangan.Kerana, pada manusia itu ada kekuatan menimbang, wajiblah ikhtiarnya itu dibawanya kepada yang lebih dalam.

Pengalamannya, penderitaannya, kejatuhannya, kegagalan dan kecewa dan seumpamanya, semua itu laksana wang sekolah, wang bayaran bagi keinsafannya menimbang dan berusaha pada zaman yang akan datang. Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman, setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan tapi pastinya, tidak mengenal putus asa.Hidup berbudi itu tujuan kita, kata Prof. Dr. Hamka :Diribut runduklah padi, Dicupak Datuk Temanggung; Hidup kalau tidak berbudi, Duduk tegak ke mari canggung.

Kandungan

  • Pengantar Penerbit
  • Pendahuluan
  • Budi Yang Mulia
  • Sebab Budi Menjadi Rosak
  • Penyakit Budi
  • Tinjauan Ibnu Maskawih
  • Pendapat Muhyiddin Ibnu Arabi
  • Pendapat Ahli Falsafah Ibnu Hazm
  • Pendapat Imam Ghazali
  • Tanda-tanda Penyakit Jiwa dan Tanda Sembuhnya
  • Bagaimana Mengenal Kekurangan Diri
  • Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan
  • Budi Yang MUlia Pada Raja
  • Budi Orang Yang Membuka Syarikat
  • Budi Yang Mulia Pada Pedagang
  • Sifat Dalam Bekerja
  • Budi Yang Mulia Pada Pengarang
  • Tinjauan Budi
  • Ubat Akhlak
  • Tujuan Menjatuhkan Hukuman
  • Dosa Pada Masyarakat
  • Percikan Pengalaman

10. Merantau Ke Deli

Merantau Ke DeliJudul : Merantau Ke Deli
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat :181 halaman
Cetakan Kedua : 2004
ISBN : 9839422421

HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.”… O, abang! Banyak… banyak sekali yang teringat olehku. Kian lama saya menangis, kian banyak yang terupa, sehingga air mataku jatuh tak tertahan-tahan. Pertama, sudah terbayang-bayang di muka saya bagaimana kesengsaraan yang akan kita tempuh, yang berat dan ringannya akan terpikul di atas bahu abang sendiri.

Akan sanggupkah abang beristeri seorang lagi? Bukanlah menurut adat kampung halaman abang sendiri… seorang lelaki ke mana pun dia merantau, maka hasil pencariannya itu mesti ditumpahkannya di muka isterinya. Hawa nafsu orang kampung mesti abang cukupkan, apa lagi hawa nafsu isteri sendiri.Dia meminta sawah dan rumah, meminta perkakas gelang dan perhiasan-perhiasan yang lain. Dan dia tidak akan tahu dari mana abang memeras tenaga untuk keperlukannya itu. Selama ini isteri abang hanya adinda seorang, adinda tidak mengharapkan senang atau harta benda abang. Berilah adinda sehelai selimut penutup badan, berilah sepertegak kain penutup tubuh, beroleh nasi setempurung pagi setempurung petang, cukuplah sudah bagiku. Tetapi kalau abang beristeri seorang lagi, apalagi dia lebih muda, sekampung pula, abang akan sengsara, percayalah!”

Kandungan

1. Malam Gajian
2. Pertemuan
3. Kahwin
4. Hakikat Rumahtangga
5. Keberuntungan
6. Pulang
7. Angin Berkisar
8. Surat Dari Kampung
9. Perkahwinan
10. Dua Kapal Satu Juragan
11. Pecah
12. Menuruti Adat Lembaga
13. Tegak Lagi
14. Memenuhi Cita-cita
15. Pertemuan dan Perpisahan
16. Penutup

11. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van Der WijckJudul : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat :286 halaman
Cetakan Keempat : 2007
ISBN : 9833707294

HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.”…Di dalam usia 31 tahun (1938), masa darah muda masih cepat alirannya dalam diri, dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa, pada waktu itulah ‘ilham’ Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini mula kususun dan dimuat berturut-turut dalam majalah yang kupimpin.Setelah itu ia diterbitkan menjadi buku… Belum berapa lama tersiar, ia pun habis. Ramai pemuda berkata : “Seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri.” Ada pula yang berkata : ” Barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan…”

Kandungan:

Pendahuluan

1. Anak orang terbuang
2. Yatim piatu
3. Menuju negeri nenek moyang
4. Tanah asal
5. Cahaya hidup
6. Berkirim-kiriman suarat
7. Pemandangan di dusun
8. Berangkat
9. Di Padang Panjang
10. Pacu Kuda dan Pasar Malam
11. Bimbang
12. Meminang
13. Pertimbangan
14. Pengharapan yang putus
15. Perkahwinan
16. Menempuh hidup
17. Jiwa Pengarang
18. Surat-surat Hayati kepada Khadijah
19. Kelab Anak Sumatera
20. Rumahtangga
21. Hati Zainuddin
22. Dekat, tetapi berjauhan
23. Surat cerai
24. Air mata penghabisan
25. Pulang
26. Surat Hayati yang penghabisan
27. Sepeninggal Hayati
28. Penutup

12. Terusir

Judul : Terusir
Pengarang : Prof. Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini
Genre : Novel
Mukasurat : 112 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789833707102

Hamka lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.”Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya ‘sampah masyarakat’, dinamainya ‘bunga mengandungi racun’, ‘kupu-kupu malam’ dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu.””Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, pahdal lelaki itu yang lebih iblis…”